Tuesday, 10 December 2019

Episod 3 - Drama Adellea Sofea

Drama Adellea Sofea Episod 3

Mulanya Sofea memang tak suka pun si Firdhaus ni, lagi lagi sebab Firdhaus cemburu buta dengan BFFnya Zahim. Setelah dipujuk Aziz, Sofea terima lamaran Firdhaus.

Lagipun nama Firdhaus dah mula glamor di kampung sebab suka bersedekah. Ikram dipanggil bekerja untuk bantu Firdhaus.

Dia nampak tertarik dengan Sofea. Firdhaus dah mula goyah bila dapat tahu Rina, BFF serumah Sofea terlibat dengan kempen-kempen NGO dadah.


Monday, 9 December 2019

Episod 2 - Drama Adellea Sofea

Drama Adellea Sofea Episod 2

En Izham dan Ilya tak setuju keputusan Firdhaus. Tapi Dr Fauziah minta mereka rahsiakan masalah Firdhaus. Selain itu, hanya Dr Fauziah yang tahu kenapa Firdhaus dibuang universiti. En Izham terpaksa bagi Firdhaus bekerja di syarikatnya.

Masalah Ilya dan Karl membuatkan Sofea rasa sangsi dan cuba mengelak. Namun Sofea terkejut bila Firdhaus datang ke kampung dan bertemu dengan abahnya Aziz, untuk melamar Sofea.









Friday, 6 December 2019

Episod 1 - Drama Adellea Sofea

Drama Adellea Sofea Episod 1

2 tahun Sofea & Firdhaus kawan di FB. Firdhaus belajar di New Zealand. Mereka berharap dapat ketemu ‘live’, ada rasa suka antara mereka.

Perkenalan dengan Dr Fauziah membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba.

En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kawin dengan Sofea.